Thursday 24 November 2011

LeT's Just BrEak Up...!!!!

Dua tiga ari neyh dia diamkan diri daripada aku.... So sad giLer ase ati neyh, tapi pura-pura tenang bile duk berdepan dengan orang.... Kenapa dia tak pernah hiraukan perasaan aku eks???? Macam aku ni cuma 'benda' utk puaskan hati dia.... Dasyat giler mamat neyh, tapi ntah kenapa aku sayangkan dia.... Sayang sgt.....

Nota Cinta Buat Dia.....

Nota 1:

22/11/2011
1.28pg

i miss my darling s0 much.i d0n't kn0w why,i can't let him g0 fr0m me.yes,he have break my heart once,but i still want him t0 stay beside me. Hari ni dia kena buat st0k take,memang penat n xde masa tuk ak brb0rak dgn dia. Tiba2 ak jd benci pd tesc0,kenapa mesti buat st0k take mase ak tgh brcinta dgn dia?i mean,it's n0t fair ok..ak dgn dia dahlah xde masa sgt nk diluangkn brsama,then dia plak kerja 24/7..OMG,i can't faced it.. Ak tau ak salah simpan perasaan pd suami org tp ak sukakn dia,cara dia,ketawa dia,ejekan dia slalu buat ak hilang arah..kali pertama,dia cium ak its sweet actually.. Haha...my g0d.. Tp ak paling rindu 'l0vebite' dia..kenapa? Sbb xpernah ada lelaki yg berani melainkn dia.. Ak nk brsama dia,walau sekejap p0n da cukup..mis u s0 much darling, Daniel Iskandar... 

NOTA 2:

22/11/2011
23.49 

dia da mula berubah..tiada lg daniel iskandar yg ak kenal dulu..mungkin semua xperasan tp ak mula sedar..ak mungkin masih sygkn dia tp ak silap sbb ak xpernah ikhlas menerima dia dlm idup ak..hadirnya dia hanya sekadar pendamping,bkn sebagai teman..mengapa ak brkata demikian?kerana dia xpernah jujur dgn ak..bg dia ak cuma teman tempat dia brmain,bkn tmpt dia brk0ngsi..ak takut bila ak serahkn segalanya kpd dia dan ak akan kehilangan dia..maaf ak belum brsedia..ak mesti membuat keputusan yg wajar sekarang.. Terus bersama atau tinggalkn dia.. Jawapan hanya satu dan tidak b0leh brkata tidak... Dan jawapan hati aku adalah....... 

NOTA 3:

23/11/2011
23.54

mcm biasa,si dia kembali pd perangai lama..switch off the ph0ne,s0 what can i say?penat,yup mmg penat giler layan dia.. Da sampai masa ak undurkn diri..ak da rasa mcm mana disayangi,diambil berat,dimarah bila salah..ak da rasa semua tu tinggal masa nk lepaskn dia pergi..memang susah tp kena cuba sbb dia bkn utk ak... Dia x ditakdirkn brsama ak.. Dia seorg lelaki yg cuba mencri wanita bila perlu..bila puas wanita itu akn dibuang..da brkali ak ingatkn diri tp masih degil n sekarang ak mesti terima padahnya.. Penatnya idup dgn awk.. Jgn cuba cri sy lg... 

OK, WE SETTLE DOWN OUR 'LOVE STORY'....
LET'S JUST BREAK UP, DARL......!!!

Thursday 10 November 2011

Syahadah Cinta Maya-BAB 2


BAB 2

BACAAN merdu itu menyentuh tangkai hatinya, amat mengasyikkan sehingga orang di sekelilingnya menangis. Dia bungkam, apa yang harus di lakukan sekarang? Melihat sahaja atau pergi memujuk?
     “Jangan...” Satu suara menegahnya daripada meneruskan langkah. Lembut, tetapi penuh ketegasan. Dia mengeluh, sambil melilaukan pandangan. Pemilik suara yang menegahnya masih lagi belum diketahui datang dari mana.
      “Habis takkan saya nak tengok aje?” Soalnya marah. Dalam dirinya, ini merupakan suatu perbuatan yang tidak patut berlaku, dan lelaki yang menggagalkan rancangannya sangat kejam!
      “Mereka menangis kerana masa lalu...” Jawab suara itu lagi.
      “Masa lalu?” Maya mula tertarik untuk bersoal jawab. Dia duduk agak jauh dari mereka, bersila. Menanti suara itu kembali menjawab, lama sebelum suara itu kembali kedengaran.
      “Ya, masa lalu yang terlalu dibanggakan. Yang terlalu dipuja sehingga mereka terlupa bahawa hidup di dunia hanya pinjaman. Sementara! Macam kamu..” Suara itu mendatar. Maya tersentap. Macam aku?
       “Macam aku? Apa maksud kau?” Kali ini Maya mula bersuara lantang. Dia bangun, mencari lagi arah datangnya suara itu, namun gagal.
       “Kau terlalu mudah melenting, anakku. Terlalu cepat melatah. Ini bukan sikapnmu sejak sekian lama. Kau kehilangan diri kau sejak kau mula melangkah sendiri. Kau mula lupa siapa yang sentiasa bersama kau suatu ketika dahulu. Kau terlalu pelupa, anakku..” Suara itu seolah-olah memujuk. Maya mendecit, namun ditahan suaranya agar perasaan marah yang mula terbit tidak kedengaran terlalu menderu.
        “Aku tetap tak faham. Tolonglah, jelaskan sebaiknya.” Maya meminta, lembut. Kepalanya dipegang, sakit mula menunjang kulit kepala seolah-olah, baru sahaja dicucuk menggunakan jarum. Maya terduduk.
        “Belum tiba waktunya..” Tegas.
        “Kalau begitu, siapa lelaki tu?” Maya bertanya. Namun suara itu hanya diam. Dia berteleku menahan rasa sakit yang semakin menghimpit, rasa ingin tahu yang semakin menggila dan muncul rasa takut kerana tempat itu terlalu asing baginya. Ya, dia mula mengerti teori temannya, Riana, tentang makhluk asing yang dijelaskan siang tadi. Namun, dia tidak mempunyai masa untuk merumuskannya sekarang. Matanya singgah lagi, mencari tahu siapa lelaki yang sedang membaca sesuatu itu. Saat lelaki itu berpaling, Maya membuka mata...
------------------------------------------------------------------------------
Wake up call
Caught you in the morning
With another man in my bed...

MAYA membuka matanya seluas mungkin. Dia memegang dadanya yang berdebar. Mimpi itu berulang lagi, mimpi yang sekian lama tidak mengganggu dirinya kini menghantuinya kembali. Ok, melampau! Tidaklah menghantuinya kerana itu bukan mimpi berkenaan hantu, atau jembalang atau pelesit atau sebagainya. Cuma mimpi tentang seorang lelaki, dan suara yang hadir dalam mimpinya itu.
       “Kenapa aku mimpi tu lagi ek?” Maya termenung, masih belum berkira untuk bangun. Dia memandang jam, 8.46 minit pagi. Telefon bimbitnya diambil. Ok, 15 misscall.
       “Haaa, 15?” Maya bangun terduduk. Nama Ria My Girl muncul di skrin. Maya menepuk dahinya. Oh ya, semalam dia ada menghantar mesej kepada gadis itu untuk bertemu di Mid Valley sebaik sahaja dia selesai menaipkan coretan di blog kesayangannya itu.
       “Macam mana boleh lupa ni?” Bergegas dia bangun, mencapai tualanya dan melangkah masuk ke kamar mandi. 15 minit kemudian, dia sudah mencapai baju kemeja merah hati berkotak hitam serta seluar slack hitamnya. Ya, dia tahu itu memang warna kegemarannya.
        Dia mencapai telefon bimbitnya, pantas nombor Riana ditekan. Tanpa menunggu lama, suara Riana mula mengetuk gegendang telinganya. Dan sindiran cepumas kegemarannya pasti menjadi sasaran Riana.
       “Oh my God, tuan puteri dah bangun la...” Riana menyindir. Maya tertawa kecil. Rambutnya yang sudah separa kering, dibiarkan lepas. Getah pengikat rambut, disautkan ke tangan.
        “Ok, sorry. Aku terlajuk tidur, kau tengok la aku tidur semalam pukul berapa.” Maya mempertahankan dirinya.
         “Alasan. Kau dah siap ke?”
         “Tengah bersiap. Kejap lagi aku terus pergi ke sana. Kau dekat mana ni?” Maya menyapu lip balm ke bibirnya. Yes, warna pink dan itu bukan warna kegemarannya!
         “Aku dah pergi sana ni. Nanti kau dah sampai, kau call aku ok. Nanti aku jumpa kau dekat mana-mana.” Riana bersuara. Maya menganggukkan kepalanya, bersetuju.
         “Babe, sorry ek ganggu kau hujung minggu. Tapi kali ni aje, aku janji.” Maya ketawa manja, Riana tersengih.
         “No hal la...Aku pun dah lama tak keluar dengan kau. Kurang-kurang dapat gak makan free lepas ni.” Riana ketawa perlahan dapat mengenakan Maya dalam diam. Ya, sudah lama dia tidak keluar berdua dengan temannya. Tambah-tambah bila Maya diserang ‘penyakit kronik’ seminggu yang lepas lagilah susah dia mahu mengajak temannya itu keluar. Hanya memerap dalam bilik.
          “Ooo, patutlah laju aje kau pergi. Ada niat tak baik rupanya.” Maya melihat penampilannya sekilas di cermin. Berpuas hati, dia keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah.
          “Macamlah kau tak tahu perangai kawan kau ni.” Riana ketawa lagi.
          “Kau ni memang la. Ok la, jumpa kau dekat sana.” Talian dimatikan. Maya menghampiri Puan Farina dan Tuan Ariff yang masih berbual-bual di meja makan.
          “Nak keluar?” Soalan Tuan Ariff hanya di jawab melalui anggukan.
          “Malam ni Angah balik makan dekat sini, jangan tak balik pula. Rindu sangat dia pada Maya tau.” Puan Farina memberitahu. Wajah Maya berseri tiba-tiba mendengar tentang Angahnya. Ya, mungkin kerna berbanding Along, Angah, dan Achik hanya abang keduanya sahaja yang sanggup melayan perangai manjanya yang tidak menentu. Dua lagi abangnya lebih tegas, tetapi dia tetap sayangkan ketiga-tiga mereka.
         “Ok. Before 8, Maya balik.” Puan Farina menggeleng.
         “No, before 5. Ajak Ria sekali, mama nak ajar dua-dua anak perempuan mama memasak.” Maya terbatuk kecil. Dipandang wajah Tuan Ariff yang sudah tersenyum penuh makna. Puan Farina memang bijak dalam mengenakannya. Dan kini, ternyata mamanya telah berjaya!
         “Baiklah, saya selaku penerima tugas dengan rela hati akan menurut sahaja kehendak Permaisuri..” Maya menjawab separuh berjenaka. Dia mencapai beg sandangnya, menyalami tangan kedua-dua ibu bapanya. Di hadapan Tuan Ariff, Maya tunduk berbisik.
         “Anakanda mahu belajar memasak hari ni. Jangan salahkan anakanda berdua kalau mulut ikan berubah tempat ke bahagian badan...” Tuan Ariff ketawa senang mendengar kata-kata anaknya. Teringat kembali, suatu ketika dahulu Maya menggoreng ikan. Hancur, langsung tiada rupa seekor ikan. Sejak hari itu, Maya sudah tidak menjejakkan kaki ke dapur lagi. Malu katanya!
         “Elok-elok bawa kereta.” Pesanan Puan Farina membuatkan Maya berpaling. Ibu jari diangkat tinggi sebelum dia keluar dari banglo 2 tingkat milik keluarganya itu. Ya, bawa kereta elok-elok!
-------------------------------------------------------
SUDAH 2 jam lebih mereka keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai. Puas membelek itu ini, mereka keluar. Biasalah, nama lagi window shopping. Itulah kegemaran yang mereka kongsikan sejak dulu lagi. Pantang ada masa terluang, pasti muka mereka akan menjengah ke mana-mana shopping mall. Namun, jarang sekali untuk melihat mereka membeli barang.
        “Sebelum aku terlupa, nanti ikut aku balik rumah ye. Mama nak ajar kita memasak hari ni sebab katanya Angah nak makan dekat rumah.” Maya membuka mulut. Sedari tadi mereka masuk ke ruangan Mc’Donalds, tiada sepatah pun perkataan yang mereka bualkan.
        “Aik, aku pun kena join kelab memasak jugak?” Riana mengsisip sedikit air milo aisnya.
        “Ya, sebab mama tahu kita memang fail dalam bidang masak-memasak ni.” Riana tersengih. Itu memang hakikat yang tidak boleh dia lari. Dia dan Maya, sama-sama buta senduk, buta kuali.
        “Lama tak jumpa Angah, kan?” Maya tergelak mendengar kata-kata Riana.
        “Rindu ek?” Dia menyakat temannya. Merah muka Riana menahan rasa.
        “Mana ada aku rindu la...”
        “Alah, comelnya kau. Tak payah la nak sorok daripada aku lagi, aku memang tahu kau sukakan Angah, kan?” Riana memalingkan wajahnya ke arah lain. Malu sebenarnya kerana ketahuan!
         “Tak ada la...Kau aje yang suka sangat buat gosip-gosip liar, kalau tau dek bakal kakak ipar kau, siap kau kena.” Riana membelek telefon bimbitnya. Maya tersengih, cuba memancing.
         “Alah, Angah belum ada girlfriend lagi...” Maya tersenyum bila melihat Riana mengangkat wajahnya.
         “Pandailah kau, mana kau tahu?” Riana masih lagi tidak mahu mengalah.
         “Itukan abang aku. Lagipun aku tahu dia takkan cari  teman wanita sampailah....” Dia berjeda, membiarkan Riana tertanya-tanya.
         “Apa? Sampai apa?”
         “Sampai kau kata, ya Angah Yana pun suka Angah jugak..” Riana menahan diri melihat Maya sudah ketawa kuat dapat mengenakan dia. Tiba-tiba Riana tersenyum. Wajah inilah yang Maya hilang selama seminggu ini. Dan kini bagai tidak disangka dia dapat melihat kembali, watak itu di hadapannya.
         “May, kau ada berita gembira nak kongsi dengan aku ke?” Soal Riana tiba-tiba. Maya yang masih lagi tergelak, berhenti tiba-tiba.
         “Macam mana kau....”
         “Aku dapat rasa...Kau macam ada benda nak bagitahu aku.” Jujur Riana mengakuinya.
         “Wow, deria keenam kau memang berfungsi dengan baik. Ok, aku memang nak bagitahu kau tentang berita ni..” Maya mengambil kentang goreng, dikunyahnya perlahan-lahan sambil memejamkan mata. Seolah-olah begitu menghayati keenakan kentang goreng itu.
         “Cepatlah cerita...” Gesa Riana, tidak sabar.
         “Gelojoh...” Maya gelak. “Sebenarnya, aku dah fikir masak-masak tentang cadangan kau semalam...” Riana menyampuk.
         “What? Jumpa doktor jiwa? God May, kan aku dah bagitahu kau tak payah buat la semua tu..” Maya menepuk dahinya.
         “Bukanlah, babe. Actually, pasal bercuti tu..” Riana menarik nafas lega. Buat kecoh aje!
         “So, apa plan kau?”
         “Aku dah bagitahu mama dengan papa. Masalahnya sekarang, aku tak dapat nak fikir ke mana destinasi aku la...” Maya memberitahu.
         “Jepun? Ireland? London? Spain?” Riana menyebut nama-nama negara yang menarik untuk dilawati, namun hanya ditolak lembut. Bukan percutian dan keseronokan yang dikejar, tetapi suatu perjalanan yang indah. Itulah impiannya.
         “Aku nak suatu tempat yang boleh dibuat satu perjalanan, babe..” Luah Maya. Riana termenung. Perjalanan?
         “Maksud kau?”
         “Aku tak tahu. Tapi aku nak satu trip yang dibuat step by step. Yang aku boleh tintakan atas kertas, menjadi satu perjalanan yang akan beri makna pada aku bila aku dah tua nanti. Kau faham tak?” Entah kenapa, jiwanya terlalu lembut ketika ini. Memang jika difikirkan dia bukanlah seorang gadis berkelulusan Sastera, namun ayat yang disampaikan seolah-olah mempunyai maksud tersirat dan tersurat. Wow, macam tak percaya pulak!
         “Aku tak faham, dan aku taknak faham. Babe, kau ni makin hari ke hari, makin pelik aku tengok. So, apa negara yang kau nak jadikan ‘trip’ perjalanan kau tu?” Akhirnya dengan rasa malas, Riana bertanya. Ya, teman di hadapannya sudah semakin pelik. Ada sahaja ayat yang keluar dari bibirnya yang memerlukan seseorang itu berfikir. Dia ingat dia hidup zaman manusia mengeluarkan ideologi ke?
          “Aku belum fikir lagi. Aku belum jumpa jawapan yang sesuai. Semalam aku updatekan  blog minta pendapat dari blogger, tapi untuk jawapannya aku belum check lagi.” Jelas Maya. Matanya merenung wajah Riana yang bersih tanpa sebarang masalah kulit. Tipu! Ya, dia nampak dua, tiga jerawat kecil yang terdapat di dahi wanita itu namun sedikit pun tidak mencacatkan wajah comel itu.
          “Jangan tengok aku seolah-olah aku ni makhluk asing, Maya..” Maya tergelak kecil. Itulah kelebihan Riana sedari dulu. Walaupun matanya tidak memandang ke hadapan namun dia dapat membaca renungan mata siapa yang melihatnya. Kadang-kala Maya sendiri pelik, namun dia sedar setiap manusia memang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing seperti dirinya juga.
          “Aku pernah cakap tak yang kau ni comel sangat?” Maya menyoal Riana. Langkah kaki mereka menuju ke basement tempat letak kereta. Jam dikerling sekilas, melihat waktu yang sudah semakin menganjak ke petang.
          “Ya, dan selalu..” Dia membulatkan mata apabila dua, tiga pasang mata turut melihat ke arahnya mendengarkan soalan pelik dari Maya.
          “Emmm, baguslah. Sebab kau memang comel pun, tak jemu aku nak tengok selalu..” Dia tergelak dengan kata-katanya sendiri. Bukan dia tidak tahu yang Riana malu apabila dia berkata begitu, namun itu yang mahu diucapkan buat temannya itu.
          “Ok, thanks. Kau ni memang sengaja nak kenakan aku, ya?” Riana berjalan mengekori langkah Maya yang sudah ke hadapan.
          “Realiti, sayang.” Riana ketawa mendengar jawapan Maya yang bersahaja. Itulah jawapan lazim setiap kali kecomelan dirinya dipersoal. Buat malu saja!
         “Aku ikut kau daripada belakang, ok?” Tanpa menunggu jawapan, Riana terlebih dahulu menghampiri ke keretanya. Maya hanya tersenyum. Dia membuka pintu, bersedia untuk pulang memasak di rumah!
   

   

Munculnya si Penulis Blog d Cni.....

Daaa lama giler x bukak blog, maknanya tahap kemalasan aku semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Tipu kalau aku kata aku tak ada masa sebab masa aku memang banyak dihabiskan di depan laptop sekarang. Kenapa? Korang tanya kenapa aku mengadap laptop 24/7? OMG!!!!!

Ya, salah jawapan yang bermain di minda korang semua....Aku bukan menyiapkan assignment sebaliknya sedang giat meneruskan tradisi turun-temurun mengupdate status di MUKA BUKU. Rilex sudaaa.....

Hari ini sudah 10/11/2011, hanya tinggal dua hari untuk ciapkan assignement.... Waaa, dasyatnya sedangkan aku masih tak sentuh pun lagi assignment yang sedang bermaharajalela di dalam laptop aku sekarang. Kenapa? Sekali lagi korang tanya aku kenapa?

Sudah semestinya jawapan aku untuk soalan korang adalah kerana aku malas, hahaha....

Jujur, aku memang dilanda kemalasan sekarang. Tambah-tambah dengan lecturer penipu di kolej tu, lagi la buat aku tak ada mood nak meneruskan pelajaran di sana, nasib baik aku da masuk last sem.Waaaa, tak sabar nak abis belajar. Niat di ati, tepat je abis belajar aku nak keje part time sementara betul-betul dapat keje....

Doakanlah aku, ya..... Ok, la setakat ni dulu aku nak menulis, ada masa aku akan coretkan lagi kisah di sini....

Siapa Teman Saya??