Wednesday 14 September 2011

Syahadah Cinta Maya-BAB 1


BAB  1

GADIS itu tersenyum mesra ke arahnya dan dia hanya mempu membalas secebis senyuman. Dia pasti senyuman itu langsung tiada serinya. Sudah hampir seminggu dia berperasaan sebegitu. Puas di selidik, namun dia gagal mencari jawapannya. Mereka yang di sekelilingnya juga perasan akan hal itu, namun tidak seorang pun mampu menjawab persoalan yang berada di minda.
       Beg yang berisi laptop diletakkan di atas meja, begitu juga beg bimbitnya yang berwarna hitam. Ya, warna kegemarannya. Dia membelek sebuah diari yang ditinggalkan oleh setiausahanya di atas meja, meneliti setiap patah perkataan temu janji yang dibuat untuknya pada hari itu. Namun hanya matanya yang meniti di baris-baris ayat, fikirannya sudah melayang entah ke mana.
       Begitulah keadaan dia sejak seminggu yang lalu. Papa dan mama sudah banyak kali menegur bila dia di rumah. Masakan tidak, pinggan yang hendak di cuci sepatutnya di bawa ke sinki, namun dia membawa pinggan itu ke peti sejuk dan menyimpannya di situ. Malah dua hari lepas, dengan selambanya dia menuangkan kicap ke dalam gelas kemudian meminumnya. Dek suara halilintar mama, dia tersedar. Namun, hatinya bertambah kacau.
       “Ni kenapa lagi ni?” Dia memandang gadis genit yang berada di hadapannya. Entah bila temannya itu menceroboh masuk ke biliknya, langsung dia tidak sedar. Mana mahu sedar, kalau jasadnya di sini, ssedangkan rohnya sudah dibawa terbang mengembara ke seluruh pelosok dunia.
         “What?” Soalnya lemah. Selemah dirinya sendiri, ya mungkin itulah perkataan yang paling tepat yang dapat digunakan buat masa sekarang.
         “Kau tanya aku kenapa? Helo babe, aku rasa kau patut tanya pada diri kau sendiri apa hal yang terjadi kat kau ni?” Sindiran halus Riana membuatkan dia mengeluh kecil. Dipandangnya muka Riana umpama telus sehingga dia dapat melihat pergerakan di luar bilik meskipun bilik itu tertutup. Tangannya diangkat ke muka, diraub berkali-kali.
         “Ria, kalau aku ada jawapannya tak payah aku bersusah-payah macam ni. Kau tau tak, macam mana kacaunya perasaan ni? Macam tak berpijak di bumi nyata, seolah-olah aku bukan dari sini. Rasa macam....” Dia berjeda seketika. Dilihat lagi gadis di hadapannya yang mengerutkan dahi menunggu jawapannya.
         “Macam?” Riana menyoal.
         “Macam....” Dia terdiam lagi. Entah perumpamaan apa yang hendak digunakan bagi menyatakan keadaan dirinya sekarang. Sungguh, dia tidak tahu.
         “Senang cerita, kau rasa macam makhluk asing la? Datang ke bumi, tengok-tengok orang kat sekeliling kau berlainan rupa dengan kau. Sedangkan kat planet kau, wajah korang sama. Ok tak teori aku?” Riana tersenyum bangga kerana dapat membuat satu rumusan yang tepat baginya.
        “Ria, aku rasa bandingan kau antara aku dengan ‘makhluk asing’ tu terlampau sangat la. Lagipun perasaan aku tak adalah asing sampai macam tu sekali kot. Aku tengok korang sama lagi, cuma....” Riana mengeluh lagi. Kalau kali ini dia membuat bandingan yang salah, tentu dia yang terasa jika gadis itu menyumpahnya. Maka, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan mendengar sahaja apa yang keluar dari bibir temannya itu.
        “Cuma?” Akhirnya terpaksa juga dia membuka mulut, dilihat temannya terkulat-kulat melihat dirinya. Riana tersenyum kecil. “Aku rasa kau ni dah kronik la. Kau patut jumpa doktor jiwa tau tak? Aku bukannya maksud kau dah gila atau psiko, tapi kau ni dah macam orang yang mengalami jiwa kacau. Dah macam orang meroyan, tau tak? Termenung sana, termenung sini. Aku rasa perkara macam ni tak baik untuk kau.” Riana bersuara, kali ini dalam nada tegas. Dan pastinya bukan main-main seperti biasa!
        Lama dia terdiam mendengar kata-kata itu. Dibiarkan telinganya menangkap segala ayat yang dimuntahkan oleh Riana. Dia bersetuju dalam diam. Memang dia sudah kronik, dan dia sendiri sedar akan hal itu. Tapi jika dikatakan dia meroyan, itu memang salah kerana dia tidak pernah mengandung atau melahirkan bayi. Tapi Riana mengatakan dia meroyan. Adakah benar?
         “Hei, aku tak meroyanlah...” Jerit gadis itu tiba-tiba. Riana menepuk dahinya perlahan.
         “Aku cakap macam orang meroyan! Bukannya aku maksudkan kau meroyan...” Riana membalas keras. Rasa sukar pula menangani masalah temannya kali ini.
         “Tapi aku tak...”
         “Ya, aku faham. Yang masalah sekarang ni, kau tu yang tak faham perkataan ‘macam’ atau dalam bahasa omputih kita sebut ‘like’. Apa masalah kau ni? Sejak bila kau jadi sensitif macam ni?” Gadis itu mengeluh lagi. Kali ini kepalanya turut sama dilabuhkan di atas meja. Jika dilihat para pekerjanya, pasti dia akan diketawakan. Gadis elit yang selama ini berjalan megah dengan senyuman, berpakaian jenama, nampak matang kini kelihatan seperti orang yang kehilangan semangat, hilang pendirian, hilang harta dan hilang anak kucing! Ok, itu keterlaluan. Dia tak ada anak kucing pun!
         “Apa dah jadi pada aku?” Riana ketawa tiba-tiba.
          “Finally, kau tanya apa yang dah jadi pada kau? Kau baru sedar dari tidur ke? Untuk pengetahuan kau Cik Maya Nurhalini, kau dah jadi macam mayat bergerak sejak dari seminggu yang lepas. Dan semua orang dah mula perasan dengan perubahan diri kau ni. So, aku sendiri tak faham apa masalah yang kau alami sebenarnya, jadi aku sendiri pun tak boleh nak bantu. Tapi yang pasti, makin hari keadaan kau makin teruk dan aku takut kalau aku tak dapat bantu kau. Copp, memang aku tak dapat nak bantu kau pun melihat pada keadaan diri kau sekarang, aku sendiri pun jadi lemah. Jadi ada baiknya, aku biarkan kau cari sendiri apa masalah yang belenggu kau ni. Ok?” Riana mengangguk kepalanya dengan yakin. Dia pandang wajah temannya lagi.
          “Aku rasa aku dah kehilangan benda yang paling besar dalam hidup aku. Tapi aku sendiri tak nampak benda tu.” Luahan hati itu membuatkan Riana mengangkat wajahnya. Mata temannya itu terpejam, dan dia pasti itu kata-kata hati gadis di hadapannya. Dia menanti lagi, jika gadis itu mahu menyambung, namun tiada.
          “Apa yang kau hilang? Kau ada satu famili yang bahagia. Kau ada kerja yang bagus. Kau ada syarikat yang bernafas atas usaha kau sendiri, bukan datang dari keluarga kau. Kau buat harta kau sendiri, tak berharap langsung pada papa kau. Kau mula daripada bawah. Aku kenal kau dari zaman sekolah lagi. Kau bukannya jenis menunjuk. Pekerja kau semua senang dengan cara kau menjalankan tugas, tak pernah sekalipun aku dengar diaorang mengadu pasal kau. Apa lagi yang tak cukup, May?” Riana memandang sekeliling bilik Maya. Matanya jatuh pada potret keluarga yang tergantung di ruang tengah pejabat itu. Dia bangun melangkah ke arah gambar itu, perlahan-lahan tangannya menyentuh.
         “Aku cemburu sangat dengan kau dulu. Kau ada semuanya yang aku tak ada.” Dia berpaling. “Dan kalau kau tanya aku, apa yang kau hilang memang jawapan aku adalah kau betul-betul mengalami tekanan jiwa...” Maya tertawa perlahan. Matanya dibuka. Menatap temannya yang kini melangkah menghampiri mejanya.
         “Aku tak tahu macam mana nak terangkan pada kau, apa perasaan aku tentang benda yang hilang tu. Actually, tak hilang cuma aku rasa makin menjauh darinya. Sukar aku nak gapai, tak tahu macam mana nak capai.” Maya bangun. Meregangkan ototnya yang sekian lama berehat.
          “Aku memang tak boleh bantu kalau macam tu. Sebab jawapan tu ada dalam diri kau. So, atas kau la macam mana kau nak cerna masalah ni.” Riana tersenyum, memberi semangat. Tangan Maya dicapai dan digenggam erat.
           “Aku rasa kau patut pergi bercuti, tenangkan fikiran. Maybe itulah yang sebaik-baiknya jalan penyelesaian. Lupakan cadangan aku yang beriya sangat suruh kau jumpa doktor pakar jiwa tu.  Kau tak perlukan mereka, sebab kau ada aku.” Maya tersenyum sedikit, terharu sebenarnya!
           “Tadi kau kata kau cemburu dengan aku. Kenapa?” Soalan Maya membuatkan Riana tergelak manja.
            “Gila kau tak cemburu. Aku kenal kau sejak sekolah lagi. Hidup kau sempurna gila, ada famili yang sayangkan kau. Walaupun kau mewah, tapi kau tak pernah menunjuk. Kau pergi sekolah macam orang lain jugak, padahal kau ni dah dikira anak jutawan. Waktu tu aku selalu fikir, kenapa kau ni sempoi sangat? Sampai la akhirnya kau duduk tepi aku dalam kelas, kau kongsi semua benda dengan aku. Waktu tu aku mula terbiasa, sifat dengki aku pada kau makin berkurang sebab kau tak pernah lokek, malah kau tak segan-segan bawa aku jumpa mama dan papa kau. Waktu tu, aku rasa bodoh sangat sebab cemburukan kau. Jadi, sekarang bagi aku masa untuk aku tebus perasaan bersalah aku pada kau. Aku nak jadi tulang belakang kau.” Riana meluahkan rasa hatinya. Matanya sedikit bergenang, dia tahu jika dia tidak kuat sudah lama bilik itu banjir dengan air matanya. Dan pastinya, Maya juga akan turut serta dalam acara yang dibinanya itu!
           “Kau sahabat yang baik.” Maya memeluk tubuh genit Riana. Entah kenapa di saat, dia kehilangan ‘sesuatu’ diarasakan Riana merupakan pemujuk yang baik, padahal hakikatnya tidak sebegitu. Riana bukan gadis yang boleh dibawa berbincang, otaknya gila-gila menyebabkan mereka sesuai untuk berkawan. Setiap kali Riana mendengar masalahnya, pasti gadis itu akan tertidur dengan masalahnya yang rumit terutamanya bab percintaan. Tapi kini, dihadapannya Riana Adira Bt Zulkifli, buat kali pertama dalam sejarah begitu mempesonakan dalam memujuk hatinya yang galau. Menarik!
         “Tak sebaik kau...” Cukup perlahan, namun sempat ditangkap oleh Maya. Dia tersenyum lagi. Manik-manik hangat mengalir, namun sempat ditahan. Bimbang dilihat Riana, pasti gadis itu makin bimbangkan dirinya!

-----------------
“MA, I think I wanna take a rest for a while.” Puan Farina memandang wajah anak perempuan tunggalnya, Maya, lama.
         “Dengan Ria?” Soal Tuan Ariff pula. Wajah bimbang isterinya dipandang sekilas, malah dia tahu apa yang difikirkan isterinya itu.
         “Nope, pa. For this time, alone.” Maya tersenyum mesra. Lengan Puan Farina digosok manja, meminta izin yang pastinya amat sukar diperoleh. Wajah tenang papanya, direnung sesekali. Suasana senyap, tiada jawapan langsung yang bertandang dari mulut kedua-duanya. Kebisuan akhirnya, membuatkan Maya mengeluh. Dia mencapai alat kawalan jauh dan menekan mencari program televisyen yang menarik minatnya.
         ‘Susah betul jadi budak perempuan yang lemah ni.’ Rungut Maya dalam diam. Sudah 20 minit masa berlalu namun jawapan yang dipinta masih belum kedengaran. Dia memandang wajah Tuan Ariff yang masih lagi membaca buku biru tebal di tangannya. Itulah hobi papanya sekarang, membaca! Ya, sejak abang sulungnya Qabil Asyraf bersetuju untuk menjawat jawatan sebagai Pengerusi syarikat, menggantikan papa yang turun takhta sejak awal tahun lepas. Sudah bermacam-macam buku yang dibaca oleh papanya, tapi dia tidak pernah mengambil tahu akan hal itu.
         “Ok, apa syarat yang May kena patuhi untuk dapatkan kebenaran bercuti kali ni?” Akhirnya dia membuka mulut. Dia sudah penat untuk berfikir, cukuplah dalam seminggu ini dia didera untuk menjalani kehidupan yang agak asing baginya.
          “Mama tak ada halangan.” Puan Farina merenung wajah anaknya. Maya ternganga. Biar betul?
          “Papa?” Puan Farina mengarahkan pandangannya ke arah suaminya pula. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya, membuatkan Tuan Ariff mengerutkan dahi. Pelik!
          “Kalau mama kata ok, takkan papa nak sekat pula.” Jawab Tuan Ariff perlahan. Maya menutup mulutnya, entah kenapa hatinya gembira tiba-tiba. Tidak pernah dirasakan perasaan ini sebelumnya. Pantas dia bangun, mengucup pipi kedua-duanya. Sayang semakin mekar dirasakan.
           “Cuma mama nak tahu, destinasi mana yang menjadi pilihan Maya kali ni?” Soalan itu menghentak kepala Maya. Dia terdiam, seolah baru terfikir. Hakikatnya itulah yang terjadi. Dia menerima cadangan bernas dari Riana agar berehat buat seketika, namun untuk ke mana langsung tiada dalam fikirannya. Mahu ke London, hatinya menolak. Mahu ke Indonesia, jiwanya mendesah. Mahu ke Andalusia, fikirannya pula menidakkan. Jadi dia mahu ke mana?
           “May...belum fikir la..lagi...” Entah kenapa dia gagap tiba-tiba. Seolah-olah tadi, dia baru terdengar Stacy menyanyikan lagu Gagap kepadanya. Ahh, apa lagi yang di mengarutkan otaknya ini?
           “Belum fikir?” Tuan Ariff menanggalkan cermin matanya. Dia merenung Maya, tenang. “Macam mana nak pergi kalau belum fikir?” Kali ini Maya tersandar lesu di sofa. Adakah impiannya untuk bercuti bakal di gagalkan hanya kerana dia tidak mempunyai tempat untuk dituju? Oh no!
            “Bagi May dua, tiga hari. May akan bagitahu ke mana destinasi May untuk bercuti kali ni. Please...” Puan Farina mengeluh lembut, rambut ikal Maya disentuh.
            “Baiklah, tiga hari. Kalau Maya masih belum bagi mama jawapan lagi, mama kira percutian persendirian Maya terbatal dengan sendirinya.” Maya terbajet otak. Cara mamanya bercakap seolah-olah dia sedang memasuki pertandingan. Jika tidak menurut terma dan syarat (T&S) maka dia akan disingkirkan. Ewaaahhhhh.....
            “Fine. Three days. Gotta go upstair, night...” Kucupan sayang singgah lagi di pipi Tuan Ariff dan Puan Farina. Mereka hanya tersenyum, Maya sudah hilang dari sifat kebiasaannya!
-----------------------
ALONE TRIP...where should i go...????
MAYA merenung lama skrin komputer ribanya. Kini dia duduk menghadap blog yang telah lama menjadi temannya. Ya, selain Riana yang akan sibuk apabila hujung minggu menjelma. Jadi keseluruhan masa pada hujung minggu akan dihabiskan di depan Compaq kesayangannya inilah. Macam budak-budak, tapi dia suka dengan perangai itu!
        “Macam mana aku nak karang ayat ni?” Dia bersuara sendirian. Matanya tergerak ke ruang bawah komputer, sudah pukul 1.30 pagi. Dari tadi dia menatap, hanya tajuk sahaja yang berjaya di tulis. Isinya dia seolah-olah kebuntuan. Bila jari-jemarinya menari laju di atas papan kekunci, selaju itu juga butang BACKSPACE akan ditekan. Nasib baik esok hujung minggu, jika tidak sudah pasti dia akan kelewatan untuk bangun ke tempat kerja.
         “Alah reka ajelah ayat macam mana pun. Bukannya selama ni, ramai sangat yang baca blog kau. Selama ni pandai pulak kau mengarut tulis macam-macam, tapi sekarang? Hanya nak mintak pendapat bagi yang membaca blog kau...” Dia bersuara lagi, kali ini lebih kepada memberi peringatan. Akhirnya, Maya tersenyum. Jarinya diletakkan, sambil otaknya ligat berpusing.

Dear blogger,
Dalam masa seminggu ni, jiwa aku kacau sangat. Tak tahu kenapa, rasa macam aku dah kehilangan sesuatu dan aku nak sangat mencarinya. So, aku tak tahu apa kena-mengena masalah jiwa kacau aku ni dengan ‘alone trip’ yang dicadangkan oleh teman baik aku, Si Riana, tapi aku rasa aku sangat memerlukannya.
Tentu korang tertanya apa masalah yang aku hadapi, right? Sebenarnya aku sendiri tak boleh nak kenal pasti apa yang dah terjadi pada aku. Rasa hati ni semakin menjauh, menjauh dan terus menjauh. Agak-agak perlu ke aku emosi sampai begini sekali dalam blog ni? Tak perlu kot! HAHA...
So, sebagai pembaca yang setia (aku sendiri tak tahu kalau ada orang pernah baca atau tak blog aku ni), aku nak mintak pendapat korang. Boleh tak korang cadangkan destinasi yang boleh aku lawati untuk menenangkan fikiran dan cari balik apa yang aku dah hilang ni?
p/s: Sila tinggalkan nama negara berserta komen yang membina, ok...!!!!
     
       Maya tergelak sendiri membaca apa yang ditulisnya. Dia menekan butang SEND, dan seterusnya VIEW POST. Sekali lagi dia tergelak. Rasanya inilah ayat yang paling sempoi pernah dituliskan di blog ini. Dia kemudian tersenyum, untuk hari ini dia penat dengan bermacam perkara. Dia mahu berehat. Dia kemudiannya menutup komputer ribanya, dan diletak kembali di atas meja. Telefon bimbit dicapai, ruang SMS dibuka mencari satu nama.
        Esok jumpa kat Mid Valley pukul 10, ok sayang....
       Dia menutup mata, bersedia ntuk belayar ke alam mimpi yang sudah pun menunggunya sedari tadi. Tersenyum...!

Tuesday 13 September 2011

Cinta Elysa....

Best, itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut aku bila tengok citer CINTA ELYSA ni tadi. Walaupun hakikatnya aku tak suka dengan heroin citer ni si Fasha Sandha (opsss sory jujur sangat) tapi aku suka citer ni sebab Botak yang berlakon. Nampak idup sangat dia berlakon. Serius!

comel jex poster drama neyh...!!!

SINOPSIS DRAMA....

Mengisahkan Aril (Johan As’ari)  seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagaimasalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.
Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.
Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.
Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu.
Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.
Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Sunday 11 September 2011

Filem Ombak Rindu Adaptasi Novel Ombak Rindu

Masih ingat dengan novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari??? Aku still ingat lagi novel ni sebab memang best giler, dulu mase novel ni menjadi kegilaan remaja, aku masih lagi bawah tanggungan ma dan abah so nak beli novel memang tak mampu la...Jadi terpaksa pinjam dengan kawan, baca pun kena cepat sebab ramai yang dah copp nak pinjam novel tu daripada kawan aku... Perghhh, kenangan manis tuh!!

Bagi korang yang dah tak ingat cover novel, biar share aku....

Haaa, dah ingat????
Memang best la novel neyh aku cakap...Yang menjadi perbualan yang ingin aku kongsikan ialah novel ini dijadikan sebuah filem dengan tajuk yang sama...Waa, tak sabarnya...

Filem ini menampilkan hero Malaya -Aaron Aziz, Maya Karin serta Lisa Surihani....Tak sabar nak tengok, harap2 mesti best macam novel la, kan??

Jom kita tengok poster untuk filem Ombak rindu ni kejap ekssss....






Poster yang aku cilop.....!!!

SINOPSIS OMBAK RINDU....!!

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Sin0psis Samarinda Jiwa & Lara....

Akhirnya, apa yang aku tunggu dah dapat...Waaaa, aku pun cam tak caya tak pernah2 aku share sin0psis2 citer segala bagai neyh, tapi hari ni aku nak share satu citer lak0nan Neelofa dengan Aaron Aziz bertajuk JIWA DAN LARA yang bakal ditayangkan pada 13 September 2011 pukul 10.30malam sebanyak 26 episod....

Selain daripada Abang Long a.k.a Aaron Aziz dan Neelofa, turut digandingkan juga Fauzi Nawawi serta pengantin baru Faezah Elai, drama ini juga diarahkan oleh Haikal Hanafiah (suami Faezah Elai). Waaa, gitu la citernya.....




“Jiwa & Lara’ mengisahkan persengketaan dan dendam antara Zaman, Jiwa dan Lara dari tahun 80an hingga kini. Zaman ialah seorang penjenayah yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan polis telah menyembunyikan diri di ladang getah. Zaman telah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh Baha ketika membawa majikannya, Fakir. Zaman dibenarkan tinggal di rumah Baha walaupun ditentang oleh anak Baha, Lara yang tidak menyukainya.
Zaman yang licik pandai menyambar setiap peluang. Dia merancang strategi untuk memanipulasikan kebaikan Fakir yang mengusahakan ladang getah. Zaman bukan sahaja mendapat tempat berteduh malah ditawarkan untuk bekerja di ladang tersebut.
Jiwa menganggap Zaman sebagai pesaingnya dan mencurigai tentang keperibadian Zaman. Jiwa ialah seorang mandur di ladang tersebut yang dipercayai oleh Zaman dan amat mencintai Lara. Hubungan Jiwa dan Lara mulai retak apabila Lara terjerat dengan kata-kata manis Zaman. Lara akhirnya terlanjur dengan Zaman.
Zaman tidak berpuas hati dengan kehidupannya dan berikthiar untuk menghapuskan Jiwa bagi memiliki Lara. Jiwa dipukul dan dicampak ke gaung oleh Zaman. Apabila anak tunggal Fakir, Marini pulang dari luar negara, Zaman mula menyisihkan Lara yang hanya merupakan seorang penjual bunga. Zaman sanggup mengorbankan Lara bagi mengahwini Marini.
Marini terpaksa bersetuju dengan kehendak ayahnya untuk berkahwin dengan Zaman kerana dia telah mengandung anak luar nikah dengan teman lelakinya semasa di luar negara. Zaman yang tidak mendapat kepercayaan daripada Marini dan Fakir akhirnya bertindak ganas untuk membunuh mereka bagi membolot harta Fakir.
Jiwa diselamatkan oleh orang asli dan dirawat oleh Tok Batin. Tok Batin menasihati Jiwa untuk pergi merantau dan melupakan niatnya untuk membalas dendam pada Zaman. Jiwa akur dan mengikut kawannya menjadi kelasi kapal. Tanpa mengetahui tragedi yang menimpa Lara, Jiwa telah membawa diri.
Selepas 30 tahun, Zaman telah dianugerahkan gelaran datuk dan berjaya mengembangkan empayar perniagaannya. Jiwa yang kini menggunakan nama sebenarnya Bakhtiar Murshid kembali untuk menjadi pesaing Zaman dalam perniagaan. Sementara itu, Jiwa berusaha menjejaki Lara, wanita yang amat dicintainya dari dulu.
Pastikan anda tidak terlepas untuk menontonnya nanti.





Thursday 8 September 2011

Putus Sudah...!!!

Akhirnya, hubungan yang tidak sekuat mana ini terputus dengan sendirinya tanpa ada penjelasan yang jelas...Waaa, ayat touching giler tapi inilah hakikat yang perlu aku terima...

Kali ke-2 putus cinta tak adalah sakit sangat sebab kita dah terbiasa dengan perkataan "we break-up". Sejujurnya sedih, tapi aku perlu tabahkan hati dengan semua ni...

Aku takkan padam status sebelumnya kerana inilah kenangan antara aku dengan dia. Biar, ia terus menjadi kenangan buat selama-lamanya.....

Siapa Teman Saya??