Thursday 23 June 2011

Kunci Cintaku-BAB 4


HIZMAL menanti dalam resah. Jam di pergelangan tangan dilihat buat kesekian kalinya. Sah ke batang hidung, bulu mata juga belum kelihatan. Dia merungut perlahan sambil memicit-micit dahinya yang mula pening.
    “Kau nak aku temankan kau ke tak ni?” Soalan Fakri disambut dengan gelengan. Memang dia mahu berjumpa ‘tunang’nya secara sendirian, tidak perlu berteman.
    “Kau tak takut?” Kali ini Fakri mendekatkan diri ke arahnya. Memegang bahunya seolah-olah meahukan kepastian.
    “Nak takut apa? Aku bukannya nak pergi zoo, cari harimau. Aku nak pergi jumpa dia la...” Tawanya kedengaran perlahan, lucu pula mendengar soalan yang terluah dari bibir temannya itu.
    “Mana la tahu, tiba-tiba kau tangkap lentok pulak bila tengok dia nanti.” Akhirnya terburai tawa yang disimpan sekian lama. Memandang wajah Hizmal yang kelihatan pucat tiba-tiba, terkejut barangkala dengan ketawanya yang seakan-akan pontiabang!
    “Gila kau. Tak ada maknanya aku nak feeling kat sana.” Segera dia melangkah masuk ke dalam kereta. Makin lama dia melayan kerenah Fikri, makin sakit kepalanya. Namun itu setengah jam yang lepas, kini dia hanya berseorangan menunggu di bangku taman itu.
    “Sorry, lambat...” Hizmal terkedu. Suara lembut itu seperti pernah didengarinya. Lantas dia berpaling ke belakang. Wajahnya pucat, tiba-tiba denyutan jantungnya berdendang laju.
    “Riyana?” Soal Hizmal kepada gadis yang berada di depannya.
    “Ya, saya. Abang Iz, kan?” Afliya mengerutkan dahinya.
    “Panggil saya Iz je, tak payah berabang-abang. Tak selesa...” Matanya dilarikan dari mengahadap wajah putih bersih itu. Tidak diketahui mengapa hatinya begitu rancak mendendangkan alunan debar, mungkin ini wanita yang bakal hidup bersamanya nanti.
    “Macam tu ke? Maaf la, Liya tak boleh. Nanti kena marah dengan mama dan ayah, sakit kena cubit.” Secara tidak langsung, Afliya memberitahu kebenaran. Dia juga tidak tahu mengapa dia bersikap bendul di hadapan jejaka itu.
    “Tapi aku tak suka!” Tiba-tiba Hizmal membentak. Meskipun suaranya perlahan, namun menyedari dengusan nafas Hizmal yang kencang tadi, membuatkan Afliya berfikir panjang. Inikah bakal suaminya nanti?
    “Kalau macam tu kata aba.... Liya maksudkan Iz, Liya akan cuba. Kita balik pada persoalan sebenar, kenapa Iz nak jumpa sangat dengan Liya ni?” Rasa kekok membuatkan Afliya berdehem dua tiga kali.
    “Baiklah, macam ni. Aku sebenarnya nak bincang tentang hal perkahwinan kita, rasanya kau sedia maklum dengan lamaran ibu aku yang datangnya dari idea dia sendiri yang nak bermenantukan kau sedangkan aku tak bersungguh pun nak kahwin dengan kau..”
     “Saya tahu...” Belum pun sempat Hizmal menyudahkan ayatnya, Afliya memotong membuatkan jejaka itu terdiam seketika. Egonya memuncak naik.
     “Aku taknak cakap banyak cuma nak bagi peringatan pada kau supaya jangan sekali-kali jatuh cinta apada aku ataupun buat aku jatuh cinta dengan kau. Jangan sesekali,faham?” Hizmal memandang wajah Afliya. Kemudian dia membuang pandang ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang sibuk bermain di taman itu.
     “Pertama apa?” Afliya bertanya tiba-tiba. Mata gadis itu kelihatan bersinar-sinar.
     “Haaa?”
     “Yang Iz kata tadi. Yang pertama apa?” Hizmal mengaru-garukan kepalanya. Serasa mahu sahaja dia beredar dari situ. Mendengar soalan yang diutarakan oleh Afliya yang seakan-akan menyindir membuatkan dia hilang sabar.
     “Em... Jangan jatuh cinta dengan aku..” Dia bersuara perlahan. Dilihat Afliya mengangguk tanda faham.
     “Lagi?”
     “Jangan buat aku jatuh cinta pada kau..”
     “Ok, baguslah...” Hizmal terkedu.
     “Apa yang bagusnya?” Dia menyoal dalam tidak percaya.
     “Yalah, Iz cakap jangan jatuh cinta dengan Iz, dan jangan buat Iz jatuh cinta dengan Liya. Maksudnya secara tiba-tiba la kan jatuh cinta tu. So, apa yang ada dalam fikiran Liya sekarang, Liya akan mengurat Iz sampai Iz jatuh cinta pada Liya secara perlahan-lahan.” Sekali lagi Hizmal terkedu mendengar kata-kata Afliya. Dia meraup mukanya berkali-kali. Sungguh hatinya tidak keruan kala ini!
     “Aku tak tahu kalau kau ni sakit jiwa atau memang kenyataan macam ni. Tapi yang aku rasa sekarang kau ni memang sakit jiwa.” Hizmal tersenyum tiba-tiba. Mengurat?
     “Tak salah, kan? Iz tak nak jatuh cinta sekarang tak apa, tapi Liya tetap kena keputusan Liya. Mengurat Iz lepas kita kahwin akan jadi benda yang paling penting buat Liya nanti.” Afliya memandang wajah tunangnya serius. Tiada senyuman dalam mengutarakan kata-kata itu, kerana itukah tekadnya setelah dirinya dimiliki oleh lelaki itu.
     “Jangan sakitkan hati kau. Aku tak nak kau terluka nanti, jadi jangan buka hati kau luas-luas sangat...” Hizmal menyampaikan pesanan. Wajahnya ditundukkan, menyedari pandangan tajam yang dihadiahkan Afliya.
     “Cinta tu suci, kita tak boleh nak halang bila ia dah sampai ke dalam hati kita.” Afliya bangun, berjalan dua langkah kemudian berpaling ke belakang.
     “Itu aje kan? Liya nak balik, nanti mama dengan papa risau sebab Liya keluar tak bagitahu mereka, tapi satu yang Liya nak ingatkan Iz. Liya yakin satu hari nanti Liya boleh tawan hati Iz dengan cinta yang Liya tawarkan.” Hizmal turut bangun dari tempat duduknya. Dia mengangguk-angguk perlahan.
     “Terlalu yakin. Jangan jatuh sebab aku tak kan tolong kau untuk bangkit semula, faham?” Afliya pula mengangguk.
     “Insya-Allah, niat Liya tulus. Allah akan bantu...” Sayup-sayup ayat itu menikam hati Hizmal. Tersentuh dan terharu. Itulah yang ada dalam hatinya kini.
     “Itu kehendak kau. Jumpa lagi nanti, assalamualaikum...” Hizmal lantas berpaling, melangkah pergi tanpa sebarang pamitan.
     “Waalaikummusalam, abang...” Afliya tersenyum, hasrat hatinya sudah di sampaikan!
---------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Siapa Teman Saya??