Wednesday 4 January 2012

Fiksyen 302:Jangan Percaya-Karya Ramlee Awang Murshid


2 minggu lepas, pegi berjalan ke kedai buku 'PUSTAKA MUKMIN' kat Jalan TAR sempat la beli novel terbaru karya Ramlee Awang Murshid neyh bertajuk Fiksyen 302....Lama gak la tunggu n0vel neyh selepas Sutera Bidadari... Aku tak tahu kenapa aku suka sangat dengan pl0t n0vel neyh dan sememangnya tiada yang mengecewakan dalam n0vel terbaru beliau...

Novel ni mengisahkan 4 orang lelaki yang melakukan pembunuhan kemudian menelefon p0lis dan menyerah diri dalam keadaan tidak berpakaian. Dengan berteraskan mereka ni merupakan keempat-empat pesakit mental yang telah dibebaskan, selepas pembunuhan mereka dimasukkan kembali ke hospital tersebut.

Tapi yang paling aku tak jangka dalam setiap bab mesti ada kejutan terutamanya bila imbas kembali memainkan peranannya. Memang takkan terfikir bahawa dalang di sebalik semua ni berlaku adalah orang waras tetapi mahu membalas dendam atas kesalahan yang telah dilakukan oleh mangsanya.

Menggunakan tagline: Jangan Percaya! Aku rasa ia begitu bersesuaian dengan cerita neyh sebab watak diri kita sendiri kadang-kala bijak menipu. Betul tak? Psiko bukan gila, tetapi kurang waras! Kecelaruan personaliti jugak boleh membunuh anda, so jangan percaya!

Aku taknak ceritakan lebih banyak sebab aku bukan pencerita yang baik, tapi bagi aku sesiapa yang sukakan debaran novel neyh boleh dijadikan bahan bacaannya. Tak perlu banyak sangat berfikir, cuma sudahkan pembacaan agar kita tak dihambat dengan tanda tanya.

By the way, dari 10 bintang aku boleh bagi 9 bintang tuk n0vel neyh. So kepada Encik Ramlee Awang Murshid, anda memang tidak mengecewakan pembaca dan peminat setia anda. Tahniah!!



P/S: Can't wait for 'Sunan Musafir'... Cerita pengakhiran bagi Laksamana Sunan a.k.a Saifuddin... Tak sabarrrrr.......!!!!! :)))

1 comment:

  1. merit casino - dana casino de la casinò e en vegas
    merkur 샌즈카지노 2021 - 2021-11-20 21:00 UTC. In the moment of writing the casino can only 메리트카지노 be run in 3 days. If there was a game on this kadangpintar website then its only

    ReplyDelete

Siapa Teman Saya??