Sunday, 11 September 2011

Sin0psis Samarinda Jiwa & Lara....

Akhirnya, apa yang aku tunggu dah dapat...Waaaa, aku pun cam tak caya tak pernah2 aku share sin0psis2 citer segala bagai neyh, tapi hari ni aku nak share satu citer lak0nan Neelofa dengan Aaron Aziz bertajuk JIWA DAN LARA yang bakal ditayangkan pada 13 September 2011 pukul 10.30malam sebanyak 26 episod....

Selain daripada Abang Long a.k.a Aaron Aziz dan Neelofa, turut digandingkan juga Fauzi Nawawi serta pengantin baru Faezah Elai, drama ini juga diarahkan oleh Haikal Hanafiah (suami Faezah Elai). Waaa, gitu la citernya.....




“Jiwa & Lara’ mengisahkan persengketaan dan dendam antara Zaman, Jiwa dan Lara dari tahun 80an hingga kini. Zaman ialah seorang penjenayah yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan polis telah menyembunyikan diri di ladang getah. Zaman telah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh Baha ketika membawa majikannya, Fakir. Zaman dibenarkan tinggal di rumah Baha walaupun ditentang oleh anak Baha, Lara yang tidak menyukainya.
Zaman yang licik pandai menyambar setiap peluang. Dia merancang strategi untuk memanipulasikan kebaikan Fakir yang mengusahakan ladang getah. Zaman bukan sahaja mendapat tempat berteduh malah ditawarkan untuk bekerja di ladang tersebut.
Jiwa menganggap Zaman sebagai pesaingnya dan mencurigai tentang keperibadian Zaman. Jiwa ialah seorang mandur di ladang tersebut yang dipercayai oleh Zaman dan amat mencintai Lara. Hubungan Jiwa dan Lara mulai retak apabila Lara terjerat dengan kata-kata manis Zaman. Lara akhirnya terlanjur dengan Zaman.
Zaman tidak berpuas hati dengan kehidupannya dan berikthiar untuk menghapuskan Jiwa bagi memiliki Lara. Jiwa dipukul dan dicampak ke gaung oleh Zaman. Apabila anak tunggal Fakir, Marini pulang dari luar negara, Zaman mula menyisihkan Lara yang hanya merupakan seorang penjual bunga. Zaman sanggup mengorbankan Lara bagi mengahwini Marini.
Marini terpaksa bersetuju dengan kehendak ayahnya untuk berkahwin dengan Zaman kerana dia telah mengandung anak luar nikah dengan teman lelakinya semasa di luar negara. Zaman yang tidak mendapat kepercayaan daripada Marini dan Fakir akhirnya bertindak ganas untuk membunuh mereka bagi membolot harta Fakir.
Jiwa diselamatkan oleh orang asli dan dirawat oleh Tok Batin. Tok Batin menasihati Jiwa untuk pergi merantau dan melupakan niatnya untuk membalas dendam pada Zaman. Jiwa akur dan mengikut kawannya menjadi kelasi kapal. Tanpa mengetahui tragedi yang menimpa Lara, Jiwa telah membawa diri.
Selepas 30 tahun, Zaman telah dianugerahkan gelaran datuk dan berjaya mengembangkan empayar perniagaannya. Jiwa yang kini menggunakan nama sebenarnya Bakhtiar Murshid kembali untuk menjadi pesaing Zaman dalam perniagaan. Sementara itu, Jiwa berusaha menjejaki Lara, wanita yang amat dicintainya dari dulu.
Pastikan anda tidak terlepas untuk menontonnya nanti.





Thursday, 8 September 2011

Putus Sudah...!!!

Akhirnya, hubungan yang tidak sekuat mana ini terputus dengan sendirinya tanpa ada penjelasan yang jelas...Waaa, ayat touching giler tapi inilah hakikat yang perlu aku terima...

Kali ke-2 putus cinta tak adalah sakit sangat sebab kita dah terbiasa dengan perkataan "we break-up". Sejujurnya sedih, tapi aku perlu tabahkan hati dengan semua ni...

Aku takkan padam status sebelumnya kerana inilah kenangan antara aku dengan dia. Biar, ia terus menjadi kenangan buat selama-lamanya.....

Thursday, 11 August 2011

Coppssss.....!!!!!

Ari ni baru aku berkesempatan untuk mengucap "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK" setelah hari ke-11, puasa...Waaaa, gitu nampak sangat aku ni pemalas, kan???( actually, aku bizi la...) Jawapan standard anda bila anda malas menulis blog...

Tak tahu nak kongsi apa sebenarnya sebab aku memang tak ada cerita sangat minggu ni. Just nak bagitahu aku baru habiskan pembacaan terhadap novel yang aku baru beli bertajuk "VALENTINA NERVOSA"...Hahaha...

Jalan cerita simple, tapi bersangkutan. Itu yang buat aku nak baca, baca dan teruskan pembacaan anda. Lucu gak bila pikir, aku sanggup tahankan biji mata sampai pukul 2, 3 pagi semata-mata nak baca novel neyh...uuuhhh, DASYAT!!!hahaha

Nanti ada mase, aku sharekan sinopsis dia dengan c0ver skali....

p/s::_skrunk aku nak mandi sekejap, sebab aku nak kluar cari nasi setelah 5 hari aku makan megi untuk bukak puasa...!!!!!
PEACE...!!!

Thursday, 4 August 2011

Sayang Kawan-Kawan Saya...!!!!!

Ni Housemate aku, merangkap kawan sekelas aku gak..........
Nabila & Nicah




































Ni Pun kawan aku, merangkap teman sepraktikal aku la.......
Niey & Nicah

HaBis SuDah......!!!!!

Apa yang habisnya?????Hahaha, actually nak bagitau walaupun xde sesape yang rasa nak tau, kan????
Sebenarnya aku da abis praktikal, last day 30/7/2011 ari tuh lagi tapi macam biase la sebab aku malas nak bukak blog neyh jadi lambat la sikit, aku uar-uarkannya....
memang da jadi tebiat, susah nak kikis la tuh, hahaha....

Rindu sebenarnya bila kita dah biasa bangun pagi, siapkan diri nak pegi kerja....
Bila last hari tu sengaja aku balik awal sebab sedih nak tinggalkan kawan-kawan, yalah bukannya tau bila aku nak datang lagi...Mungkin tak akan???Tapi aku rasa aku bukan kacang yang lupakan kulit, s0 nanti aku akan datang jugak melawak kakak, abang, pakcik dan makcik aku kat sana.....

Sekarang ni pulak tengah sibuk siapkan final report...Rasa nak menangis pon ada sebab aku bukan ada banyak sangat masa....Pihak kolej cuma bagi masa 2 minggu,bayangkan dalam 2 minggu nak kena siapkan report yang ntah pape tuh.....geramnya aku...Tapi xpe, abis je report aku akan pastikan aku rilex sampai la bukak sem baru bulan 10 nuh.....Xsab0nya nak blaja balik......

Last, h0pe aku punya result tuk sem 6 neyh tinggi la...Biasa la asyik duk takat tuh je, nak jugak melonjak tetiba kan????Sem depan aku ada 6 subjek, ntah camner nak bahagiakan masa dalam 4 bulan tuh....jangan ada yang kacau m0od aku tuk sem tuh sudah la......takutnya....!!!!!

Thursday, 14 July 2011

TAK SANGKA....!!!!!

memang tak sangka, hari ni aku terjumpa lax ngan budak kerja aku dulu...si ASWAD la....rindu giler tau ark nak jumpa dia......
really,really,really miss that b0y.....
oh GOD, thanks sebab beri kesempatan yang tak mungkin aku akan lupakan sampai bile2....
hahaha, ntah macam mana nak cerita tapi seruis aku memang terkejut sampai aku terpaksa berpaling muka sebab otak sanggup nak tengok dia waktu tuh....
and also thanks to KELANA sebab bawak aku ke kedai mamak tuh...
yelah, kalau kitaorg pegi makan dekat Masi of c0z la aku tak jumpa dia, tapi sebab dia bawak aku pergi sana la aku dapat jumpa budak tuh....
Tq Kelana, ILU so much, hahahaha..........

Sunday, 3 July 2011

PenGajaRan TerbaiK....!!!!!!

Hemmmm, dalam hidup kita sentiasa mencari kesempurnaan namun hakikatnya tak mungkin! Ya, itulah yang sebenarnya terjadi, tak mungkin kita akan sempurna. Sejauh mana kita berdiri pasti kita akan terjatuh..

Pengakjaran terbaik dalam kehidupan adalah pengalaman. Mengenali mereka semua adalah anugerah terindah yang pernah aku alami. Kesedihan mereka, kegembiraan mereka buat aku terfikir adakah mereka tidak layak untuk mendapat secebis rasa bahagia. Tidak, Allah itu maha Mengetahui, di mana kita jatuh di situ DIA akan hadir.

Semalam 'si dia' berkongsi satu cerita dengan aku. Mungkin, aku terlalu emosional namun bagi aku kesedihan itu tak pernah dia tunjukkan. Ya, aku mungkin tidak punyai kekuatan untuk memberitahu yang aku sentiasa bersamanya jika dia mahu. Aku tak mungkin sentiasa ada, seandainya itu yang dia mahukan. Satu hari nanti akan ada seorang Malaikat pelindung yang akan sentiasa berada di sisi dia, itu yang aku harapkan. Insya-ALLAH...!!!!

p/s:: Bagi aku peluang untuk mendengar setiap luahan hati kau sebab aku mungkin bukan seorang penyelesai masalah namun aku boleh pinjamkan telinga untuk kau kongsikan masalah ni....TQVM!!!

Siapa Teman Saya??