Thursday 5 May 2011

Kunci Cintaku-BAB 1

BAB 1
AFLIYA mengeluh untuk kesekian kalinya. Matanya masih ralit menatap bekas comel berbentuk hati yang berada di atas meja. Jari-jemari runcingnya menyentuh hjung bekas. Hatinya gundah semula.
     “Patut ke aku buat semua ni?” Dia mula menyoal dirinya sendiri. Telefon bimbit di tepi katil dicapai perlahan-lahan. Nombor yang dihafal sekian lama ditekan teragak-agak. Saat mencapai butang hijau, hatinya berbelah bahagi.
     “Apa aku nak cakap ek?” Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Berulang kali dia meraup muka dengan tangan kanan, tiba-tiba telefonnya bergetar hebat.  Nasib baik tidak dicampak-nya telefonnya.
     “Dasyat....Panjang umur betul..” Teragak-agak, Afliya menekan butang hijau. Telefon ditekap ke telinga.
     “Helooo...” Dia memulakan bicara. Satu, dua, tiga....Masih tidak kedengaran jawapan dari sebelah sana. Afliya mula resah. ‘Nak bercakap ke tidak dia ni?’ Hatinya mendongkol marah.
     “Ada orang tak ni?” Sekali lagi dia menyoal. Baru saja dia berkira-kira mahu mematikan talian, satu suara menyapa.
     “Riyana....” Afliya tersentak. Pelik!
     “Sa...saya....” Entah bila dia menghidapi penyakit gagap, tidak diketahui. Tapi yang pasti panggilan itu benar-benar mengejutkan. Mana tidaknya, seumur hidup dia bagai terlupa bahawa ‘Riyana’ juga sambungan namanya.
     “Boleh aku jumpa kau?” Afliya mengerutkan dahinya. ‘Aku? Kau? Cantik punya bahasa’, hatinya merusuh lagi.
     “Emmm, kat mana?” Dia baru berkira-kira beberapa tempat.
     “Tasik Perdana.” Afliya mengeluh lagi. Tak romantik langung!
     “Emmm, ok...” Talian di sebelah senyap. “Pukul? Hari apa?” Kedengaran talian di sebelah tertawa. ‘Ala, comelnya suara dia’, bibirnya menguntum senyuman manis.
     “Macam ni, kau free hari sabtu ni?” Hilang terus senyumannya.
     “Free.”
     “Ok, pukul 10.00 jumpa kat sana. And please, jangan bagitau parents kau tentang hal ni. Biar kita yang settle sendiri hal kita. Ok?” Afliya mengeluh lagi. ‘Apa hal pulak mamat ni?” Namun hakikatnya soalan-soalan itu hanya terus berkumandang di dalam hatinya. Langsung tidak diluahkan.
     “Yalah...” Jawab Afliya malas. Moodnya sudah tiada, mesti ada hal yang penting mahu dinyatakan melalui ayat-ayat yang disampaikan.
     “Kalau macam tu, see you this saturday.” Afliya mengangguk perlahan, namun sesaat kemudian dia mengetuk kepala. ‘Angguk kepala pun bukannya dia nampak,’ Afliya tersenyum sambil menggosok kepalanya.
    “Ok....Assalamualaikum...” Salamnya dijawab dan talian dimatikan. Dan Afliya meneruskan menungannya.
------------------------------------
 Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

“NI yang kau layan jiwang sorang-sorang kat sini, kenapa?” Suara garau milik Rizki membuatkan Afliya tersenyum. Sudah setengah jam dia menunggu jejaka itu di padang, baru kini jejaka itu memperlihatkan diri.
      “Cantik punya soalan. Dasar manusia betul la kau ni...” Afliya sudah bertenaga kembali. Bukan selalu dia dapat bergaduh dengan temannya itu. Teman sedari kecil, yang sentiasa bersama di waktu susah ataupun senang. Teman yang memahi jiwanya bila marah. Teman yang selalu memberi nasihat apabila dia tersasar.
      “Memang kenyataan aku manusia...” Rizki menyandarkan badannya di pokok. Wajah manis Afliya ditenung lama, sayangnya pada gadis itu melebihi batas sebagai seorang sahabat. Namun dipendam kehendak hati bimbang Afliya terus lari daripadanya.
      “Masalahnya, kau janji dengan aku nak jumpa pukul 4 petang sekarang dah berganjak 4.35 petang. Penat tau aku tunggu kau...” Afliya memuncungkan mulutnya. Rizki ketawa besar.
      “Sorry la sayang. Abang ada perbincangan dengan senior-senior tadi tentang tugasan baru kami. Tu yang abang lambat datang jumpa sayang..” Afliya memukul bahu Rizki lembut. Ketawa dia mendengar nada suara Rizki yang berubah romantik tiba-tiba.
      “Kau ni buang tebiat apa? Sakit jiwa aku layan kau tau tak?” Afliya menghabis sisa tawanya. Matanya mendarat pada wajah Rizki sebaik sahaja tawanya reda, namun digantikan dengan senyuman hambar.
      “Lepas ni agak-agak kau boleh ke aku terus lepak macam ni dengan kau? Mesti aku rasa kosong sebab dah takde budak sewel nak teman aku borak.” Rizki tertunduk memandang lantai rumput. Jarinya mencapai jari Afliya, entah dari mana datangnya perasaan itu, dia tidak tahu.
      “Kau jangan lupakan aku lepas ni tau. Kalau kau ada masalah, datang cari aku. Bila-bila masa kau perlukan bantuan, kau telefon aku. Kalau rasa membazir sangat, kau misscall nanti aku telefon kau balik...” Tawa lembut Afliya kedengaran lagi. Dia menyulam jari-jemarinya bersama jemari Rizki.
     “Kau kawan terbaik aku. Aku mana boleh lupakan kau, sebab kalau kau takde aku memang sunyi. Kau teman aku dari aku kecil sampai sekarang. Kau selalu pinjamkan bahu kau bila aku nak menangis. Kau kongsikan telinga kau bila aku nak cerita benda-benda kat kau. Kau selalu sapu air mata aku, bila aku kena marah. Kau selalu lindung aku bila papa dengan mama naik hantu dengan aku. Kau jugak la yang selalu marah budak-budak kat rumah sebab buli aku. Kalau kau tak buat semua tu, tentu aku takkan selalu senyum tau..” Afliya bersuara manja. Baginya Rizki umpama teman satu dalam seribu.
      “Dah tu, kau tau macam tu, jangan la cakap benda-benda pelik dengan aku.” Rizki bangun, melepaskan ikatan jemari mereka. Tidak sanggup dia berterusan melihat wajah gadis yang disukainya. Benar, hatinya hancur mendengarkan ucapan Afliya, namun dia harus bergalak tenang seolah-olah tiada apa-apa perasaan antara hatinya dengan Afliya.
      “Ala kau ni, aku baru nak feeling-feeling dengan kau...” Buku tebal miliknya di atas rumput, dikutip. Langkah kakinya pantas mengekori Rizki yang semakin menjauh.
      “Aku lapar la. Kau belanja aku...” Afliya mencebikkan bibirnya.
      “Asal pulak aku kena belanja kau?”
      “Sebab kau puji aku tadi. Sebagai balasan sebab aku sentiasa ada di sisi kau.” Rizki mengenyitkan matanya, nakal!
      “Oooo, kiranya selama ni kau tak ikhlas la ye. Kalau macam tu, tak mau la kawan dengan kau lagi...” Ketawa Rizki mendengar kata-kata Afliya. Bahu Afliya didakap mesra.
      “Mana ada...Aku kan sayang kau, ikhlas... Jom kita pekena teh tarik kat Haja’z Cafe, jangan risau aku belanja kau bayar sendiri...” Satu pukulan mengena bahu Rizki sekali lagi. Afliya tersenyum.
      “Kedekut la kau ni. Tak kira, kau kena belanja aku. Lapar la, aku rasa cam nak makan nasi ayam je... Sedapnya...” Giliran Rizki mencebik. Pelajar-pelajar yang lalu-lalang di hadapan mereka tersenyum melihat hubungan mesra mereka. ‘RIYA’, itulah panggilan mereka di kolej ini. Di mana ada Afliya, pasti ada Rizki dan begitulah sebaliknya.
      “Yalah, aku belanja kau. Buat macam mana aku anak hartawan, kau pulak anak jutawan. Mana ada duit...” Afliya tersenyum lagi mendengar celoteh Rizki. Langkah mereka pantas menuju ke Haja’z Cafe. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata ralit menerhati ke arah mereka. Cemburu!
------------------------------------------------
       “Oh ya, sabtu ni teman aku pergi Tasik Perdana boleh?” Afliya menyoal. Wajah Rizki berkerut, pelik!
       “Buat apa? Kau bukannya minat jogging pun.” Dahinya yang tidak gatal, digaru.
       “Aku nak jumpa orang la, bukannya nak pergi jogging. Tak ada maknanya aku nak men’jogging’kan diri aku ni.” Afliya tetap meneruskan suapan nasi ayamnya. Cuak wajah Rizki tidak dihiraukan.
       “Siapa? Dia?” Entah kenapa timbul cemburu di hati Rizki. Meskipun, nama jejaka itu tidak disebut namun bila melihat berseri-serinya wajah Afliya, hatinya sakit. Namun, segera satu senyuman dihadiahkan untuk menutup kegusaran hati. Bimbang jika dilihat, pasti semuanya akan jadi huru-hara.
      “Boleh tak? Kalau kau ada hal, takpe la. Aku pun tak paksa...” Senyuman hambar diberikan.
      “Yalah, aku teman kau.” Yes! Taktik sudah mengena.
      “Tu sebabnya aku sayang kau. Mesti takkan kecewakan aku punya..” Rizki menggeleng-gelengkan kepalanya. Dalam diam, dia mengeluh. Sampai bila dia harus memendam perasaan dan berlagak tenangn seolah-olah tiada apa yang berlaku. Perlahan-lahan, dia berpaling dan merintih sayu.
---------------------------


No comments:

Post a Comment

Siapa Teman Saya??