Monday 23 May 2011

Kunci Cintaku-BAB 3

BAB 3
AFLIYA melilaukan pandangannya, sedari tadi tiada langsung wajah yang ingin ditemuinya. Sudah hampir tiga puluh lima minit berlalu, namun dia tetap keseorangan di bangku kayu itu. Dia kemudiannya menyeluk poket seluar jeans mengambil telefon bimbitnya. Lantas nombor seseorang ditekan.
    “Assalamualaikum....” Sapa Afliya bila talian di sebelah mula dijawab.
    “Waalaikummusalam....” Lemah suara menjawab. Afliya mula risau.
    “Wei, kau kat mana? Dah lama aku tunggu ni..” Bangku di sebelah di ketuk-ketuk dengan jemarinya. Mendengar suaranya yang lemah membuatkan hati Afliya mula risau.
    “Aku rasa aku tak dapat teman kau la. Badan aku tak larat sangat ni.” Rizki bersuara lagi. Kali ini batuknya pula kedengaran agak panjang.
    “Alamak, kau tak sihat ke. Kalau macam tu takpe la. Kau rehat cukup-cukup.” Afliya tersenyum hambar, entah kenapa mendengar Rizki sakit separuh dari jiwanya turut sama lemah. Mungkin kerana Rizki merupakan teman baiknya atau lebih tepat lagi satu-satunya teman yang dia ada.
    “Kau ok ke kalau aku tak teman kau ni?” Afliya tersenyum lagi. Inilah Rizki, dah sakit pun masih lagi memikirkan dia.
    “Aku ok la...Bukannya dia nak bunuh aku, nak jumpa aku je kejap.” Rizki mengeluh berat. Berat hatinya mahu membenarkan Afliya pergi keseorangan. Namun pada hari genting beginilah tiba-tiba sahaja badannya lemah dan tak bermaya. Sedar-sedar sahaja, badannya menggeletar sejuk.
    “Kau tunggu la kejap, nanti aku datang.” Rizki akhirnya bertegas.
    “Nope. Aku nak kau berehat, kalau kau berkeras jugak datang sini aku mogok takkan cakap dengan kau selama sebulan. Macam yang aku buat kat kau dulu...” Rizki tersentak. Hatinya berlagu resah. Kenangan tahun lalu menjelma kembali. Hanya kerana degil tidak mendengar nasihat Afliya, gadis itu melancarkan mogok selama sebulan. Panggilannya tidak dijawab, mesejnya tidak dibalas begitu juga setiap kali dia ke rumah gadis itu mesti pembantu rumahnya datang memberitahu gadis itu tidur.
    “Kau dengar tak ni?” Afliya bersuara menghalau lamunan Rizki yang terlalu panjang.
    “Kau tak tarik balik ugutan kau tu?” Soalnya bersama sisa ketawa.
    “Takkan. Kau pun tahu kan aku tak pernah nak tarik balik apa yang aku selalu ucapkkan. Sekarang ni yang aku nak tahu kau pergi berehat cukup-cukup bila kau dah sihat baru kau datang jumpa aku. Kau hanya boleh datang jumpa aku bila suhu badan kau dah capai 37, kalau tak baik jangan perasan nak jumpa aku, ok?”
    Rizki ketawa kecil, kata-kata Afliya mencuit hatinya. Afliya pula hanya tersenyum, itulah yang diinginkan. Tawa Rizki merupakan semangat buat dirinya.
    “Betul kau tak perlukan orang untuk temankan kau?” Akhirnya Rizki mengalah. Nada suaranya masih lagi berbaur bimbang.
    “Betul la.... Janganlah risau sangat.” Afliya bersuara tegas. Matanya mengerling ke arah jam dinding yang terletak elok di ruang tamu rumahnya. “Alamak Ki, dah pukul 9.45 la... Aku kena pergi sekarang. Nanti lambat pulak nak sampai sana..” Pantas dia mencapai sepatu hitam yang terletak elok di atas rak kasut.
    “Ok, dengar sini. Kalau kau ada apa-apa masalah just call me okay? Aku akan sampai sana secepat mungkin. Satu lagi, kalau tak ada apa-apa masalah pun aku nak kau telefon aku bila kau dah balik rumah tau..” Rizki memberi pesanan.
    “Baik, tuan. Saya mengikut arahan tuan...” Balas Afliya sambil membuat tabik hormat. Rizki tersenyum senang mendengar gurauan Afliya.
    “Yalah, assalamualaikum...”
    “Waalaikummusalam...” Sebaik sahaja menamatkan panggilan, Afliya terus memacu keretanya ke arah tempat yang di janjikan. Ya, Tasik Perdana!
-----------------------------------------
“RIZ...” Rizki memandang ke arah pintu. Muncul mamanya, Ku Khalida tersenyum sambil menatang besen kecil berisi air. Pantas kakinya menghampiri katil anak bujangnya.
     “Are you alright, sayang?” Tanya Ku Khalida. Wajahnya yang sentiasa tenang, membuat Rizki bagai terlupa seketika sakit yang dialaminya. Dia pantas bangun bersandar sambil menatap wajah mamanya.
     “Sakitnya, ma. Kenapa dia tak boleh baca isi hati Riz?” Adu Rizki perlahan. Kain kecil yang dibawa bersama dicelup ke dalam air, kemudian ditekap di dahi anak kesayangannya. Mulutnya masih enggan menjawab persoalan yang diutaraka Rizki. Dia tahu rasa sakit yang dialami jejaka itu, namun sengaja dia membiarkannya.
     “Salah Riz ke kalau terlalu cintakan dia, ma? Apa yang harus Riz lakukan sekarang?” Tangan Ku Khalida dicapai. Kucupan lembut dihalakan di jemari wanita itu. Ku khalida mengeluh perlahan. Anak itu terlalu baik untuk disakiti.
    “Tak, sayang. Bukan salah Riz. Tapi mungkin jodoh Liya bukan dengan Riz. Mungkin ada seseorang lain yang lagi istimewa yang telah tercipta buat Riz. Mana kita tahu, kan?” Dia membelai rambut hitam anak lelakinya. Serasa tumpah sudah kasih sayang melalui perbuatannya itu.
    “Liya tak pernah pandang Riz pun...”
    “Sebab bagi Liya Riz cuma seorang teman, kawan, sahabat dan abang... Dia mengadu semua masalah dia dengan Riz, tapi bukan isi hati dia. Janganlah macam ni lagi, risau mama tengok...” Rizki tersenyum hambar. Dia merebahkan kepalanya di pangku Ku Khalida.
    “Mungkin Riz lambat ungkap perasaan Riz pada dia kot?” Ku Khalida tersentak. Dalam beberapa saat sahaja mood anak bujangnya sudah berubah?
   “Mungkin. So, apa nasihat Liya tadi?” Soalan Ku Khalida membuahkan tawa di bibir Rizki.
   “Dia suruh Riz berehat. Katanya kalau Riz degil ikut dia jugak tadi dia nak lancar mogok macam tahun lepas. Sebab tu la Riz ikut je kata dia, tak sanggup...” Kedua-duanya tertawa. Wajah masam Afliya muncul di ruang mata.
   “Mama harap Riz tabah ok.. Masa dia dipinang dulu, mama tak nampak langsung muka dia risau. Dia cuma senyum, muka dia berseri-seri.” Ku Khalida bersuara perlahan. Bimbang hati anaknya terguris kembali,.
   “ I need time, ma.” Lambat-lambat Rizki membalas.
   “Heii, kenapa dengan adik akak ni? Demam ke?” Tiba-tiba kedengaran suara Tengku Khairina menerjah masuk. Rizki dan Ku Khalida berpaling serentak. Kisah tentang Afliya tertutup begitu sahaja.
   “Demam la... Rindu kat akak, lama sangat tak jumpa...” Rizki tersenyum memandang Tengku Khairina yang menggosok kepalanya.
   “Alahai, demam sikit pun dah manja-manja dengan mama. Ni yang buat akak jeolous. Tak apa nanti akak demam, akak terus ajak mama tidur dengan akak.” Dia tersenyum manja, memeluk bahu mamanya.
   “Teruk la akak ni, nak rampas mama pulak..” Ku Khairina ketawa melihat wajah Rizki yang masam mencuka. Pabtas hidung mancung adiknya ditarik geram.
   “Ala, comei-tomei.... Janganlah merajuk, kejap lagi akak belanja makan ek...Makan bubur, special tau akak masak sendiri...” Sekali lagi wajah Rizki masam, namun tak bertahan lama kerana terikut dengan gelak tawa ku Khairina.
   “Dah, jom kita keluar. Biar Riz rehat dulu, nanti mama suruh akak buatkan bubur ayam. Riz tidur dulu, ok?” Rizki mengangguk, sempat dia menjelirkan lidahnya ke arah Ku Khairina. Perlahan-lahan matanya dirapatkan, mengharapkan wajah seseorang muncul menemani tidurnya seperti selalu!
-----------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Siapa Teman Saya??