Tuesday 10 May 2011

Sutera Bidadari-Di Mana Kesudahan Sunan?

Akhirnya, secara rasmi aku siap baca n0vel terkini RAM(Ramlee Awang Murshid) iaitu Sutera Bidadari. Novel ini merupakan trilogi pada citer 'BAGAIKAN PUTERI' sambungan pada n0vel 'CINTA SUFI'.

Citer ni memang best, tapi yang menjadi persoalannya kenapa dalam novel kali ni macam tergantung aje? Selalu kalau Abang Ramlee tulis novel sekurang-kurangnya ada penyelesaian pada setiap watak walaupun kita tahu bakal ada sambungan.

Contoh yang paling tepat aku amik ialah pada kisah dua penjejak handal-Jingga dan Losai. Lepas kena tangkap dengan ayah Sang Dewi apa jadi dengan diaorang? Sekurang-kurangnya kalau tulis kisah diaorang sikit lagi, kan elok gak, tak la aku tertanya-tanya.

Kedua pada kisah Sang Dewi, lepas dibekukan @ menjadi batu mesti la ada kisah yang tersurat kan? Bila Sunan  mimpi  tentang Sang Dewi, bila ssedar je dia bagitahu kat Indera yang dia nak ke tempat Sang Dewi sebab Sang Dewi tu Ratna, kat sini dah nampak macam best je, kan?

Tapi, keseluruhan aku puas hati la, dengan kisah Saifullah memang mencabar minda nak fikir siapa Saifullah tu sebenarnya. Memang tak terkilan langsung bila tahu bangsa Polip tu berjaya jadi macam Laksamana Sunan. Harap-harap sangat bila ada sambungan tuk novel lepas ni, watak Saifullah dikekalkan.

Oh ya, lupa pulak Haryani pun ada muncul. Walaupun sekejap, tapi tetap berkesan watak dia. Lepas ni kalau nak sambung boleh la satukan Haryani dengan Abid ke...Kan jadi makin best tuh, hahaha.....Shahril, pembantu si Abis pun boleh masuk sekali sebab watak dia lurus je...

Catalina @ Maryam tu boleh jugak menjadi watak utama bila sambungan Sunan cari Sang Dewi nanti. Cerita la macam mana Catalina berusaha berdakwah di Portugal, macam mana Indera jaga Catalina kat sana. Sebab dalam 'Sutera Bidadari' ni Indera ada bagitahu yang dia teman Catalina ke Mekkah jadi boleh la dijelaskan lagi.

Satu lagi yang menjadi persoalan ialah, watak-watak bangsa Polip iaitu Thariq, Luna dengan Yedee tu. Kan diaorang tu kecik ati ngan Sunan sebab Sunan maafkan Taghut. So, lepas ni boleh la bagitahu apa yang terjadi pada diaorang. Lepas tu kan Indera bersama ngan Sunan, mesti la bangsa Polip tahu.

Harap-harap sambungan lepas ni akan jadi last episode tuh Laksana Sunan. Mesti berbekas di hati. Sebab nak cari seorang suami yang betul-betul beriman macam ni mesti susah. Aku sendiri kompom akan menangis bila citer ni sampai last episode nanti, huhu.......

P/S: ini cuma bayangan fikiran aku sebab novel ni tak ada kesudahan yang tepat. Bukan tak puas hati cuma rasa terkilan. Cepat la sambung ye Abang Ramlee...Peace... :))

3 comments:

  1. ko da abis bace ekz???
    balik kg aku mau pinjam eks....

    ReplyDelete
  2. Akak peminat setia RAM. Laksmana Sunan adalah pahlawan kesayangan akk, cuma sikual erbaru ni lom sempat nak baca sbb masa tak mengizinkan.

    ReplyDelete
  3. kalau akak bace mesti tak puas ati cam saya jugak...hehehe, jalan citer cam tergantung sikit tuk kali neyh......harap2 ada sambungan secepat mungkin....

    ReplyDelete

Siapa Teman Saya??