Thursday 12 May 2011

Kunci Cintaku-BAB 2


BAB 2
HIZMAL terdiam mendengar  kata-kata Candy. Wajah setiausahanya dipandang sekali lalu sebelum matanya mendarat ke arah fail-fail yang bertaburan di atas meja. Nafas yang ditahan seketika tadi, dilepaskan perlahan-lahan.
    “Papa cakap macam tu?” Soalannya membuatkan Candy tidak senang duduk. Bukannya dia tahu perangai bos mudanya itu, pantang ditegur pasti akan melenting tidak tentu pasal.
    “Itu yang saya dengar..” Jawabnya perlahan. Matanya tidak lepas dari memandang wajah Hizmal.
    “Ok, kalau papa yang tetapkan peraturan, maka saya yang akan kemudi permainan ni. Tapi ingat Candy, jangan bagitahu sesiapa tentang hal ni. Kita berdua je, ok? Kalau saya dapat tahu ada orang lain yang masuk campur dalam hal ni maka orang pertama yang saya cari ialah....” Sengaja dia tidak menghabiskan ayatnya namun jarinya sudah menunjuk ke arah wanita muda beranak satu itu. Perlahan-lahan wanita itu mengangguk.
    “Saya janji, saya akan simpan rahsia ni.” Tangan kanannya diangkat seolah-olah berikrar. Hizmal tersenyum kecil.
    “Baiklah. Awak boleh keluar sekarang..” Candy pantas bangun.
    “Ada apa-apa lagi yang encik perlukan?” Dia menyoal. Namun hanya gelengan menjawab pertanyaan Candy.
   “Candy...” Langkah kaki wanita itu terhenti di muka pintu. Pantas dia berpaling menghadap Hizmal yang sedia merenungnya.
   “Bawakan saya kopi, terima kasih..” Hizmal tersenyum manis. Candy membalas sambil mengangguk.
   “Mati-mati aku ingat dia nak marah aku tadi...Haiya...” Candy menggeleng-gelengkan kepalanya. Kakinya pantas melangkah ke pantri menyediakan kopi buat tuan muda.
---------------------------------------
“JANGAN kau buat yang bukan-bukan sudah...” Fakri menepuk bahu temannya perlahan mendengar rancangan yang diutarakan oleh Hizmal. Dia nampak betapa nekadnya temannya itu dengan keputusannya.
    “Alah bukannya aku nak bunuh dia, aku nak jumpa dia je...” Hizmal menyedut minumannya yang masih berbaki. Matanya melilau sekeliling Food Court Midvalley itu. Pelbagai ragam manusia yang dapat dilihat. Ada kalanya dia tertawa sendiri melihat telatah palanggan-pelanggan yang berada di situ.
    So, apa ceritanya denga Tasha sekarang?” Soalan Fakri membuatkan Hizmal berpaling mengahadap wajahnya.
    “Maksud kau?”
    “Yalah, apa cerita dia sekarang? Kat mana? Dengan siapa?” Fakri tersenyum-senyum nakal melihat wajah Hizmal yang mula gelabah.
    “Mana la aku tau, bukannya aku baby-sitter dia.” Fakri ketawa lepas.
    “Tak tau langsung?” Sekali lagi dia cuba mengumpan.
    “Tak tahu la...” Hizmal membuat muka. Fakri tersenyum.
    “Emmm, aku ada jumpa dia minggu lepas. Dia tanya pasal kau...” Hizmal tersentak. ‘Tanya pasal aku?’ hatinya menyoal. Wajahnya kembli selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku.
    “Oooo, dia sihat ke?” Hizmal menyedut lagi minumannya. Matanya kembali melilau. Entah kenapa hatinya berdebar bila mendengar mengenai Natasha Zalikha.
    “Jangan la nak berdalih lagi. Kau taknak tau apa yang dia tanya pasal kau?” Fikri memandang temannya lama. Hizmal mengeluh berat.
    “Aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan dia. Aku dah kecewakan dia dulu, aku taknak toreh luka dia yang dah jadi parut tu. Aku kesiankan dia..” Hizmal bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.
    “Kalau kau tengok keadaan dia sekarang, kau mesti akan tarik balik apa yang kau cakap tadi, Iz...” Fakri tersenyum hambar, mindanya berputar semula mengingati pertemuannya dengan Natasha minggu lepas.
    “Tasha ok ke?” Soalan Hizmal mematikan lamunan Fakri. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.
    “Cuma dia dah banyak berubah. Tak macam masa kita kenal dia dulu. Tak macam empat tahun dulu.” Hizmal membilang dengan jarinya.
    “Dah empat tahun ke aku lukakan hati dia?” Dia bertanya bodoh. Tiba-tiba bahunya ditepuk.
    “Kau ni pangkat besar, anak orang kaya tapi bila kau tanya soalan bodoh macam tu sah-sah aku nampak kau ni budak bodoh tau.” Fakri ketawa kuat tanpa rasa bersalah. Hizmal tersentak.
    “Kau kata aku bodoh?” Dia menyoal kembali.
    “Haa, macam ok...Macam budak bodoh, bukannya original bodoh,” Sekali lagi dia ketawa. Beberapa orang yang berdekatan mereka, tersenyum-senyum mendengar ketawa Fakri. Malah ada yang turut ketawa bersama, meskipun mereka tidak tahu hujung pangkal cerita.
    “Ciss, tak guna punya kawan..” Hizmal membuat muka, namun sekejap kemudian dia turut ketawa. Tidak tahan dia melihat Fakri yang sudah meleleh air mata kerana terlalu asyik ketawa.
     “Adoii, kau ni buat aku senak perit je la... Malas dah aku nak layan kau...” Fakri bangun sambil mengangkat tangan kepada beberapa pelanggan meminta maaf kerana membuat bising. Hizmal mengekori dari belakang.
    “Kau yang mula dulu, ok...” Tidak mahu mengalah, dia membalas. “Tapi aku nak tanya kau apa yang Tasha tanya pasal aku?” Lambat-lambat dia bersuara. Fakri menoleh ke belakang, kemudian berhenti melangkah. Saat Hizmal sudah berada di sisinya, dia memaut bahu temannya itu.
    “Dia tanya aku kau sihat ke? Dah kawin? Ke bujang lagi? Mana kau kerja sekarang? Kenapa kau dah tak hubungi dia? Kenapa kau buat dia macam tu dulu? Banyak lagi la....” Hizmal mengeluh sekali lagi mendengar kata-kata Fakri.
    “Habis apa yang kau jawab?” Mereka berhenti melangkah. Berada di ruang tengah dan memandang ke bawah.
    “Aku jawab apa yang perlu je. Yangs selebihnya aku rasa dah sampai masa kau jelaskan sendiri pada Tasha. Memang aku kesian dengan dia...” Tangan Hizmal mula meraup-raup mukanya. Nampak berserabut!
    “Aku tak ada kekuatan la nak jumpa dia, terangkan semua hal...” Akhirnya diluahkan juga apa yang terpendam di dalam hatinya selama ini. Fakri berdehem perlahan.
    “Sampai bila kau nak biarkan semua jadi tak jelas macam ni? Dia tak bersalah, kau pun tak bersalah. Tak ada sesiapa yang bersalah dalam hal ni, tapi ketamakan tu yang buat korang jadi macam ni. Lagipun aku tak nampak apa sebab kau harus takut sekarang...” Ucapan Fakri mula serius.
    “Aku tak bersalah?? Helooo kawan, kau dah lupa ke yang aku lukakan hati dia? Kau tak ingat macam mana dia menangis tanya kenapa kami mesti berpisah? Kau dah lupa macam mana dia cari kau malam tu? Kau dah lupa macam mana sasaunya dia menunggu aku dalam hujan dulu?” Hizmal menatap wajah Fikri yang tenang. Entah kenapa, hatinya masih lagi mengharapkan agar dia dapat mengundurkan masa yang sepatutnya digunakan untuk mempertahankan kasih dan cintanya. Namun kala itu dia buta, buta menilai kasih dan sayang seorang gadis yang benar-benar menyintainya.
    “Tapi kau dah tebus kesalahan kau pada dia dari dulu lagi, cuma kau yang tak pernah nak sedar hal tu. Kau butakan mata, kau pekakkan telinga, kau bisukan mulut atas pengorbanan kau...” Kali ini tegas Fakri bersuara. Mendengar kata-kata Hizmal mula membuatkan dia rasa bersalah. Tidak sepatutnya dia mengungkit hal itu kepada lelaki itu.
    “Tapi aku tetap tak kuat...”
    “Ada aku bagitau kau yang dia dah kahwin?” Belum sempat Hizmal menghabiskan ayatnya, Fakri menyoal semula.
    “Tasha dah kawin?” Hizmal menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Sekelip mata emosinya berubah, senyuman yang tadi sirna kembali menyerlahkan diri. “Dia kawin dengan siapa?” Teruja Hizmal bertanya. Saat itu terasa bahunya ringan dari menggalas beban perasaan yang ditanggungnya selama ini.
    “Tu aku tak tahu... Tapi masa aku jumpa dia dukung budak. Dia kenalkan budak tu sebagai anak dia.” Fakri mencerita serba ringkas.
    “Maksudnya dia tak menunggu aku selama ni?” Fakri menggeleng-gelengkan kepalanya.
    “Perasan la kau ni...” Hizmal ketawa mendengar komen Fakri. Pantas bahu Fakri disiku lembut. Dalam diam dia bersyukur kerana Natasha sudah mempunyai kehidupannya sendiri. Tidak perlu lagi dia menanggung rasa lagi...
--------------------------------------
 

4 comments:

  1. sejak bile k0 writing ni babe???
    leh tahan gak, da ciap penuh lum???

    ReplyDelete
  2. hahaha, sejak berjiwang ngan k0 malam tu la....
    k0 kan inspirasi aku, huwawawa....
    Lum lagi, nanti aku kasi ko bace la....
    xpun bace jex kat cini....

    ReplyDelete
  3. cetttt, p0dah....
    da sampai bab bape??/

    ReplyDelete
  4. bab 6, buntu....
    hahaha, writer block babe....
    tp insya-allah sdg giat disambung...

    ReplyDelete

Siapa Teman Saya??